Sunday, August 27, 2017

Sanggup Tutup Aurat Untuk Kebaikan Suami, Tetapi Biarkan Dosa Berkumpul Untuk Bapa

Assallammualaikum


Hai semua pembaca, apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Sedihkan baca statament diatas..hurmmmm...benda ini sering terjadi dalam kehidupan kita. Kita sanggup tutup aurat untuk kebaikkan suami tetapi hakikatnya sebelum berkahwin kita tidak menjaga aurat untuk kebaikan bapa kita. Jadi sama-samalah kita memperbetulkannya.

Sekian Terima Kasih

Thursday, August 17, 2017

6 Tabiat Buruk Merosakkan Kecantikan

Assallammualaikum

Picture : Google Image

1. Tidur tidak tentu masa
Tidur memaninkan peranan paling penting untuk kecantikkan dimana tidur yang tidak teratur dan tidak cukup akan  menyebabkan bawah mata menjadi gelap.Selain itu juga kulit kelihatan kusan dan tidak bermaya.

2. Kotoran pada telefon bimbit
Siapa sangka telefon juga boleh merosakkan kesihatan kulit .Ini terjadi apabila permukaan telefon yang kotar bersentuh dengan tangan dan pipi akan menyebabkan kulit mudah terkena jerawat. Sebelum menggunakan telefon pastikan lap terlebih dahulu ini kerana kita bawa telefon kemana-mana jadi kita tidak apa yang melekat pada permukaan telefon.

3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan. Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan cergas.

4. Kerap mengerutkan mata
Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu cepat berkerut dan kelihatan tua.

5. Malas menggantikan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria.

6. Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.